(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎♥♥♥♥♥♥WelCoM3 To My WoRLd♥♥♥♥♥♥(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎

Search This Blog

Followers


Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Wanita Ingin Dimengerti


Apakah perbezaan di antara seorang pengganas dengan wanita yang mengalami sindrom prahaid atau premenstrual syndrome (PMS)?
Jawapannya, pengganas boleh diajak berunding! Kelakar sangatlah tu.
Tiada yang lucunya tentang PMS. Malah, humor sedemikian sebenarnya terlepas beberapa fakta bahawa wanita, apabila tiba saat itu, ada ketikanya berasa kecewa dengan suami yang mendesak, ragam anak-anak dan bebanan kerja yang menekan.
Tidak kurang juga lelaki yang tidak percaya akan kewujudannya. Bertentangan dengan apa yang mungkin kebanyakan mereka fikirkan, PMS bukanlah satu alasan yang dibuat-buat oleh wanita.
simptom pms waktu period Rahsia Wanita Ingin Dimengerti

Hakikatnya, ada sesetengah wanita sendiri yang tidak menyedarinya namun tempiasnya dirasai oleh teman lelaki, suami mahupun rakan-rakan sehingga boleh menjejaskan hubungan mahupun tugasan seharian.
“Apabila saya balik ke rumah, saya dapati dia telah mengecat televisyen 40 inci kami dan memotong wayarnya. Apabila saya tanyakan kepadanya, isteri saya hanya menangis dan terus menangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Dia cuma berkata, tidak dapat mengawal perasaannya,” demikian pengakuan seorang suami.
Ia adalah satu realiti menyakitkan bagi sehingga 85 peratus wanita dalam tahun-tahun reproduktif, yang mengalami sekurang-kurangnya satu daripada antara 150 hingga 200 gejala PMS.

Mood wanita juga tidak semena-mena berputar 360° – berlawanan dengan dirinya yang sebenar sama ada menjadi seorang yang pendiam, lebih gemar mengasingkan diri, terlalu sensitif, penyedih, murung, mudah naik angin dan lain-lain lagi.Dari payu dara yang membesar dan terasa sakit apabila disentuh sehinggalah simptom – simptom seperti sakit kepala, tidak fokus, perut buncit, mengidam, mengalami pertambahan berat badan, kerengsaan dan sebagainya.
Mereka juga berasa resah gelisah dan serba tidak kena seperti rambutnya hodoh, asyik menyalahkan orang lain dan boleh menangis teresak-esak melihatkan seorang bayi yang comel.
Tiada siapa pun yang tahu punca sebenar PMS mahupun penawarnya, walaupun banyak teori mengaitkannya dengan ketidakstabilan hormon estrogen sebelum haid.
“Wanita sering mengalami perubahan sama ada secara fizikal, emosi ataupun tingkah laku lazimnya di antara tujuh hingga 14 hari sebelum haid. Mereka akan berasa lega sebaik sahaja datang bulan.
“Sindrom ini boleh melibatkan wanita tidak kira umur mahupun latar belakang terutamanya anak-anak gadis di bangku persekolahan menengah mahupun universiti,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Friday, November 12, 2010

::KeLahiRanKu::


 13 September ...



* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.

* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

* Pendiam tapi pandai bercakap.

* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

* Sangat sensitif yang tidak diketahui.

* orang yang banyak berfikir

* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.

* Kawal diri dari terlalu mengkritik.

* Pandai mendorong diri sendiri.

* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

* Suka sukan, hiburan & melancong
.
* Kurang menunjukkan perasaannya.

* Terluka hatinya sangat lama disimpan.

* Terlalu memilih pasangan.

* Sukakan benda yang luas.

* Bersistematik

::Kenali Personaliti Melalui Bulan Kelahiran – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah::

 

 

Apa yang saya boleh cakap..90% dari kat atas tu semua ada berkaitan dengan diri aku..aku tak kisah apa yang orang nak ckp.aku tak mampu menutup mata orang lagi,apa yan aku boleh buat,hanyalah memaafkan mereka semuanya..

 


Monday, November 8, 2010

ReaLiti Tak seTanDinG PenGaLamAn

* mulakan dengan senyuman*

sebenarnya saya tak tahu apa yang nak di kongsikan..tapi bila saya tengok dan kaji apa yang telah berlaku pada diri saya sendiri,saya dengan sebulat suara memilih tajuk ini..dah macam berpidato pulak kan =)

sEnyUman UntUk Di jaDiKan PenGubaT DukA




Realiti tak setanding pengalaman..menarik juga untuk di utarakan..ok,apa yang boleh saya utarakan,kita sesama manusia ni memang pelbagai ragam,pelbagai jenis dah tentu-tentu terlalu banyak pengalaman yang berbeza-beza untuk semua orang alaminya. Setiap orang walaupun bagi insan lain ianya hanyalah satu perkara biasa namun bagi sesetengah individu benda kecil itu la nak dijadikan pengalaman yang paling mendalam untuk kehidupan dia.
Bagi saya sendiri, dengan berbekalkan segala pengalaman hidup yang ada tak semestinya saya merealitikannya..Oleh sebab tak merealitikannya lah pelbagai label yang saya dapat,namun tiada seorang pun di antara pelabel-pelebel itu dengan rela hatinya menggali pengalaman apakah yang saya lalui sehiggakan saya tak mampu nak merealitikannya.Hakikat realiti saya,saya seorang yang tenang dan masih mampu tersenyum walau hati sarat dengan kedukaan..Bagi saya,tak perlu untuk saya kongsi dengan sesiapa walaupun ianya bisa parahkan hidupku =)
PerSoalaN sEriNg BerMain

Saya mengaku dan akui dan seangkatan dengannya..kehidupan saya tak seindah yang saya realitikannya walaupun pada mata kasar saya sedaya upaya menelan akan realiti kehidupan sekarang..namun saya bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan..Dalam usia 22 tahun hidup ini,pelbagai pengalaman telah saya lalui..apa yang saya dapat jelaskan,semua isi dalam ini hanya 30% isi kehidupan saya,saya hanya mencari sedikit ruang secalit jalan secebis peluang untuk saya kurangkan apa yang saya tanggung selama ini.Akibat dari ini semua,saya sendiri sudah mengalami apa yang saya patut dapat,namun saya teria semuanya sebagai tanda kasih dari Allah,itu adalah bukti yang DIA masih sayangkan saya..amin


Realiti kehidupan saya akan saya pamerkan kepada insan yang betul-betul saya yakin akan kehadirannya..saya pernah melalui saat-saat ini..namun lumrah hidup dunia,senantiasa berputar,jodoh dan pertemuan telah di tentukan olehNYA..Saya menerimanya dengan seikhlas hati,saya mensyukuri segala apa yang telah dikuniakan olehNYA dengan menghadiahkan segala "PENGALAMAN" manis dan pahit di dalam kehidupan ini.Saya akan kenanginya untuk menikmati kegembiraan bagi diri sendiri..Ini adalah cara saya untuk membahagiakan diri saya sendiri,bila saya sendiri mengenangkan keadaan diri sendiri,agaknya dah tak mampu untuk berdiri lagi..namun saya dikurniakan sekeping hati ditemani akal dan fikiran yang waras untuk saya hadapi semua ini.
ALLAH tak kan turunkan sesuatu UJIAN jika umatNYA tak mampu menerimanya

Anda boleh nilai aspek kat bawah ni..This is m3!!!


~ WANITA TANAH ~
  • Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).  ♥Saya Dilahirkan pada 13 September 1988♥
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.♥andai tiada ini saya tak wujudkan  c3RiteRa QaS3h
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. ♥tidak perlu rasanya mengagungkan kurniaanNYA
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. ♥mungkin ini mendorong kepada sifat memendam saya♥
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. ♥secara jujurnya,inilah saya sekali saya lafazkan kata kasih,sedalamnya saya akan menyimpannya,walau pada mata kasar tak nampak akan kewujudannya =)


::saya hanyalah mainan hidup,saya hanyalah insan yang lemah,saya tak mampu meminta lain,hanya untuk meringan beban dalam diri saya..saya tak minta telinga sesiapa,saya tak nak lagi susahkan sesiapa,saya harus melaksanakan ini untuk meringan kan apa yang saya tanggung,tidak lagi saya mainkan hati sesiapa,saya hanya dengan diri saya,sehingga saya temui insan yang betul-betul ikhlas dengan saya =)::

Sunday, November 7, 2010

Friday, November 5, 2010

only u

aku RINDU sangat-sangat..terima kasih banyak..aku perlukan kewujudan seseorang yang dapat sentiasa di sampingku..akan ku hadiah kan dia dengan sejalur kasih dan sayang dari sekeping hati penuh dengan siraman kasih dan sayang..akan ku ikhlaskan segala yang bakal terlagir tanpa sebarang bicara dan mengakhirinya dengan sekuntum senyuman bersulamkan kasih yang lahir dari kesucian sekeping hati..aku amat-amat mendambakan kerinduan yang penuh dengan keikhlasan...aku terlalu mendambakan kehadiran SUAMI yang dapat mengikhlaskan segalanya..namun waktu dan ketikanya tak mampu aku lahirkan...aku berserah padaNYA...=)



p/s::aku mengarut tak tahu kenapa
::jangan nak mengada2 duk pk yang bukan-bukan...
::mainan perasan lagi la ni hehehe

Tuesday, November 2, 2010

♥♥♥♥♥

  • salah ke kalau kita ikuti apa orang yang kita sayang nak..
  • salah ke kalau dia tahu yang kita seupaya mengikut apa kemahuan dia
  • salah ke kalau siang malam kita teringatkan dia walau kita sikit pun tak dapat khabar berita dari dia
  • salah ke kalau kita selalu tanya apa yang dia buat,makan atau tidak,solat ke belum,sihat atau tak..
  • salah kita juga ke kalau di setiap masa tidurnya kita selalu mengingati dia
  • salah juga ke andai setiap masa menunggu balasan sms jika kita bertanya khabar darinya
  • salah lagi ke bila kita diam jika kita tak mampu dan tahu apa jawapan yang harus di beri bila dia bertanyakan sesuatu.
  • salah aku juga kerana terlalu mudah mengalirkan air mata pabila suaranya mula meninggi.
  • salah aku kerana menyembunyikan kehadiran air mata bila memulakan bualan dengannya.
  • salah juga ke di kategorikan bila kita menunggu khabar berita sepanjang hari apabila dia mengakui dia tak suka ber'sms dan kita menghormati apa yang dia tak suka dengan tertunggu khabar berita darinya tanpa sebarang cara kerana nak call takut mengganggu,nak sms sah2 dia tak suka.
  • salah ke apa yang aku buat semua tu????
  • salah aku kerana tak bagi peluang dan selalu 'down' kan dia bila dia sedar atas silap dia
  • salah aku bila aku beri dia peluang dan peluang itu membuat aku sakit!!!
  • salah aku kerana terlalu mengambil berat pasal dia
  • salah aku kerana sering memikirkan dan sering ingin tahu bagaimana keadaannya
  • salah aku kerana di setiap jaga dan tidur ku selalu ingatkan dia
  • salah aku kerana terlalu ikut perasaan sehinga di label kan..wanita 'emo'
  • salah aku kerana mendambakan secebis perhatian darinya walhal dia tak pernah sekali sanggup untuk menyetujuinya
  • salah aku kerana aku terlalu sayangkan dia
  • salah aku kerana mengizinkan rasa CINTA ini mengalir dalam diri walhal dia tak pernah menyintaiku
  • salah aku kerana memulakan semuanya..............
aku tak mampu menanggung semuanya seorang diri,aku sentiasa ingatkan diri aku apa yang dia suka apa yang dia tak suka...aku cuba kuatkan hatiku melalui semuanya,semuanya kerana secebis perasaan kasih dan sayang wujud bila aku mengenalinya..aku harus melaluinya,aku harus menelannya..aku selalu mengharapkan yang indah..namun aku tahu aku tak layak lagi untuk mengapainya..aku redha ya Allah,aku pasrah ya Allah..aku terima semuanya,aku telan semuanya..andai ada di kelahiran lain,aku ingin temui kebahagiaan di sana..ya Allah,kuatkan hatiku menempuhi semuanya hanya bertemankan mu ya Allah...amin ya rabbal alamin..~

Tak letih ke selalu bermain dengan perasaan?

kali ni saya nak kupaskan jawapan kepada soalan kat atas tu..ada seseorang yang tak dikenali tanya soalan tu dekat saya,menyembunyikan identiti diri dan bertanyakan soalan yang menyentap diri saya sejujurnya..

  • jujur la kan siapa tak letih kalau duk asyik bermain dengan perasaan kan..tapi kat sini jugak la saya nk kupaskan macam mana dengan perasaan saya sendiri dan mengapa terwujudnya ♥c3RiteRa QaS3h♥ 
  1. Saya dah tak percaya akan "DIARI"..memang pastikan semua orang tahu apa makna diari itu,buku catatan harian kita.setiap hari kita memang akan catit apa yang berlaku dalam "DIARI" itu..dan ianya menjadi salah satu rahsia peribadi kita..kerana sebuah "DIARI" saya kahilangan sahabat.[tak perlu nak detail kan lagi kan,nanti timbul isu lain pulak]
  2. Blogspot..maksud dia mendalam kan..so kemudahan dah ada dan yang paling penting saya tak kacau periuk nasi sesiapa bila masa diri saya nak luahkan apa yang saya suka dalam ni.
  3. Saya tak perlu lagi nak "nanah" kan telinga sesiapa untuk saya luahkan apa yang terbuku dalam hati ini..memamg kita tak pernah rasa puas dengan hidup ini..banyak jalan yang kita ada untuk kita luahkan apa yang terbuku dari kita pendam sorang yang lama-lama boleh menjerat diri kita sendiri.
  4. Memang saya seorang yang kuat sangat-sangat memendam perasaan,dan saya cukup tersiksa melalui saat-saat itu,saya tak nampak jalan untuk saya luahkan semuanya..walau dalam ni ada terdapat luahan hati saya,namun tak semua..saya hanya meluahkan dalam ni bila saya dah tak tertanggung lagi untuk memendam.
  5. Saya memang jenis yang suka bercerita,namun saya sedar kerana mulut juga saya kehilangan insan yang saya sayang walau niat saya tak ada siapa yang ketahui[biar saya jer yang faham]
  6. Mata yang membaca telinga yang mendengar..mana lagi baik??
  7. Mata untuk membaca::nak baca ke tak nak "TAK WAJIB" oleh itu tak kan kadi isu untuk orang hari-hari nak baca atau tak..
  8. Telinga mendengar::kita haruslah mendengar setiap bait kata-katanya walau hati tak suka terpaksa juga mendengar..timbul isu terasa hati bila tak dengar apa yang ingin diperkatakan.
  9. Jangan sesekali memperkotak katikkan apa yang anda ingin soalkan andai anda sendiri tak dapat nak tahu isi hati tuan tanah...
  10. Apa yang di buat memang besebab..tak perlu di jelaskan kerana masing-masing ada niat dan alasannya tersendiri..

Setakat ini sahaja yang saya lantangkan..saya punyai hati,punyai perasaan,ketahuilah setiap orang ada sebab dan alasannya bila sesuatu perkara terjadi..diri kita semua tak sesempurna yang kita impikan...setiap kali diri ini menangis.meratap,memendam...ada ke sesiapa yang sudi dampingi..dengan jalan ini sahaja saya dapat mainkan apa yang ada dalam persaan hati yakni hati saya sendiri..saya tak minta ihsan belas kasihan sesiapa untuk ketahui semuanya..tak pernah ada "PAKSAAN" kepada sesiapa untuk mengikuti setiap apa yang ada dalam  ♥c3RiteRa QaS3h♥ .. cukuplah menambah bebanan derita yang saya dah lalui sepanjang hidup saya..tak seindah yang saya inginkan,tak seindah yang saya pertontonkan..wahai hati...bersabar lah selagi termampu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::jiwa aku::

++NABKA++

Daisypath Happy Birthday tickers

Pinjaman Allah untuk ku

Daisypath Anniversary tickers