(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎♥♥♥♥♥♥WelCoM3 To My WoRLd♥♥♥♥♥♥(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎

Search This Blog

Followers


Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Wanita Ingin Dimengerti


Apakah perbezaan di antara seorang pengganas dengan wanita yang mengalami sindrom prahaid atau premenstrual syndrome (PMS)?
Jawapannya, pengganas boleh diajak berunding! Kelakar sangatlah tu.
Tiada yang lucunya tentang PMS. Malah, humor sedemikian sebenarnya terlepas beberapa fakta bahawa wanita, apabila tiba saat itu, ada ketikanya berasa kecewa dengan suami yang mendesak, ragam anak-anak dan bebanan kerja yang menekan.
Tidak kurang juga lelaki yang tidak percaya akan kewujudannya. Bertentangan dengan apa yang mungkin kebanyakan mereka fikirkan, PMS bukanlah satu alasan yang dibuat-buat oleh wanita.
simptom pms waktu period Rahsia Wanita Ingin Dimengerti

Hakikatnya, ada sesetengah wanita sendiri yang tidak menyedarinya namun tempiasnya dirasai oleh teman lelaki, suami mahupun rakan-rakan sehingga boleh menjejaskan hubungan mahupun tugasan seharian.
“Apabila saya balik ke rumah, saya dapati dia telah mengecat televisyen 40 inci kami dan memotong wayarnya. Apabila saya tanyakan kepadanya, isteri saya hanya menangis dan terus menangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Dia cuma berkata, tidak dapat mengawal perasaannya,” demikian pengakuan seorang suami.
Ia adalah satu realiti menyakitkan bagi sehingga 85 peratus wanita dalam tahun-tahun reproduktif, yang mengalami sekurang-kurangnya satu daripada antara 150 hingga 200 gejala PMS.

Mood wanita juga tidak semena-mena berputar 360° – berlawanan dengan dirinya yang sebenar sama ada menjadi seorang yang pendiam, lebih gemar mengasingkan diri, terlalu sensitif, penyedih, murung, mudah naik angin dan lain-lain lagi.Dari payu dara yang membesar dan terasa sakit apabila disentuh sehinggalah simptom – simptom seperti sakit kepala, tidak fokus, perut buncit, mengidam, mengalami pertambahan berat badan, kerengsaan dan sebagainya.
Mereka juga berasa resah gelisah dan serba tidak kena seperti rambutnya hodoh, asyik menyalahkan orang lain dan boleh menangis teresak-esak melihatkan seorang bayi yang comel.
Tiada siapa pun yang tahu punca sebenar PMS mahupun penawarnya, walaupun banyak teori mengaitkannya dengan ketidakstabilan hormon estrogen sebelum haid.
“Wanita sering mengalami perubahan sama ada secara fizikal, emosi ataupun tingkah laku lazimnya di antara tujuh hingga 14 hari sebelum haid. Mereka akan berasa lega sebaik sahaja datang bulan.
“Sindrom ini boleh melibatkan wanita tidak kira umur mahupun latar belakang terutamanya anak-anak gadis di bangku persekolahan menengah mahupun universiti,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

No comments:

Post a Comment

paling-paling kurang tinggal la jejak yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::jiwa aku::

++NABKA++

Daisypath Happy Birthday tickers

Pinjaman Allah untuk ku

Daisypath Anniversary tickers