(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎♥♥♥♥♥♥WelCoM3 To My WoRLd♥♥♥♥♥♥(●̮̮̃•̃)۶ (●̮̮̃●̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(●̮̮̃•̃)‎

Search This Blog

Followers

Wednesday, October 27, 2010

PesAn SeOrAng iBu KepaDa aNak GadiSnya

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mak satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita 

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada 

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas 

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak 

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh 

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple 

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita 

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah 

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang 

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan 

dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi 

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi 

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya 

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang 

bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai 

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi 

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita 

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita 

ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu 

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat 

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki 

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna 

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. 

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula 

dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan 

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha 

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama 

bekerjasama untuk mencari redha Allah.. 

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan 

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang 

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh 

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun 

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada 

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang 

curang, suami yang curang..


Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang 

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita 

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta 

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang 

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si 

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, 

segala perkara yang kita cintai dan sayangi 

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. 

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita 

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.

."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita 

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu 

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh 

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri 

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam 

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa 

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa 

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta 

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza 

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah 

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, 

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta 

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang 

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan 

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak 

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau 

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau 

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang 

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap 

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat 

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna 

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil 

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si 

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

bElajaR mEnjAdi aWak

awak..saya akui,saya sedang menjadi diri awak,menyelami apa yang awak lalui hari-hari walaupun kadang-kadang saya tersasar...sa tak mampu nak jadi sekeras awak..semanis awak..tapi saya lawan...saya tak nak lagi awak sayang saya..kita sama-sama belajar membenci ok..awak..saya penat untuk tambah kesakitan ini lagi..awak selami apa yang saya rasa hanya untuk sedetik jer..selebihnya awak dengan kehidupan awak yang begitu COOL kan..awak jangan menyesal andai ada apa-apa yang berlaku..awak jangan fikir apa-apa andai ada musibah yang berlaku..bukan salah awak semuanya...semuanya salah saya,,saya yang bersalah..cukup la awak..jangan ulangi lagi untuk orang lain ok..biarlah saya yang terakhir,TOLONG jadikan saya pemangsa yang terakhir...saya akan terima semuanya...saya harap awak bahagia selamanya..jaga diri,teruskan semua minat awak...kenangan paling manis saya adalah awak..terima kasih atas segalanya...

:::air mata bakal menjadi peneman tidur malam ku,peneman di setiap hari-hari ku:::
:::akan ku jadikan anya satu kenangan yang paling manis:::
:::hadapi semuanya dengan senyuman:::
=)

Tuesday, October 26, 2010

♥♥Bila saya sayang awak♥♥


♥Bila saya sayang awak,saya tunggu awak lama pun tak apa,
♥Tapi bila awak tunggu saya???awak marah2...
♥Hati kata ala,adatlah ada yang menunggu & ditunggu...

♥Bila saya sayang awak,Saya tak tidur pun tak apa layan awak yang tengah bosan,
♥Tapi bila saya bosan,ada awak layan saya???
♥Hati kata,tak apa awak busy kott!!!

♥Bila saya sayang awak,Saya gaduh dengan awak,saya diam saja...
♥Tapi awak heboh 1 dunia...
♥Hati kata tak apa,awak tension tu...

♥Bila saya sayang awak...Saya call nak cakap dengan awak...
♥Tapi awak bagi phone dekat orang lain atau matikan...Bila jadi macam tu,tak apa...
♥Hati kata,tak apa...layan je,kawan awak,kawan saya juga...

♥Bila saya sayang awak...Saya bercerita dengan awak,citer dengan tunggul lagi baik...
♥Tapi bila awak bercerita dengan saya???Saya dengar,sepatah2 saya kena ingat...kalau tak ingat   saya yang kena marah
♥Hati kata tak apa sayang katakan…

♥Bila saya sayang awak,saya & awak laparr...
♥Tapi saya bagi semua roti kita dekat awak...
♥Hati kata,ala jaga lah hati awak,sian awak…

♥Bila saya sayang awak,saya sanggup bagi awak rehat bila awak letih..
♥Tapi bila saya letih,awak suruh juga saya layan awak bila awak bosan...Adil ker???
♥Hati kata,ala bukan selalu pun...

♥Bila saya sayang awak,saya jadi macam org gila bila dengar awak sakit...
♥Tapi bila saya sakit,awak siap keluar dengan kawan2 awak meraikan hari kesakitan saya,
♥Hati kata,ala tak apa,tak kan awak nak berkepit dengan saya 24 jam...

♥Bila saya sayang awak,saya tak pernah pentingkan diri sndri....
♥Tapi awak hipokrit tahap gaban..
♥Hati kata tak apa,dia memang macam tu kena lah trima...

♥Bila saya sayang awak,saya sayang nak tingglkan awak slama2nya...
♥Tapi awak tak tahu saya berdepan dengan maut,Walaupun saya sakit,awak kata dekat saya,sakit biasa2 saja,jangan nak mengarut..
♥Hati kata,macam mana lah awak bila saya tak ada,mesti awak happy...

♥Bila saya sayang awak,saya tak sanggp tengok awak derita...
♥Tapi awak tak pernah nak hargai diri saya..
♥Hati kata, tau tak betapa saya sayang kan awak????

♥Bila saya sayang awak,saya sanggup tinggalkan awak selama2nya untuk awak bahagia...
♥Tapi adakah awak tahu pengorbanan saya??
♥Hati kata,tak apa,janji awak bahagia...

Dan..
Bila saya dah tinggalkan awak selama2nya..
Awak datang ziarah pusara saya...
Awak kata awak mintak maaf sebab pernah mengata saya...
Awak mintak maaf sebab pernah buat saya tunggu awak...
Awak mintak maaf sebab pernah paksa saya layan awak time bosan...
Awak mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah saya...
Awak mintak maaf sebab pernah tak hiraukan call saya ...
Awak mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati saya...
Awak mintak maaf sebab pernah buat saya kelaparan sebab awak...
Awak mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat saya...
Awak mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit saya...
Awak mintak maaf sebab pernah pentingkan diri awak sendiri...
Awak mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan saya...



♥♥♥♥♥♥AWAK FAHAMILAH SEBELUM IANYA TERLAMBAT,JANGAN BIARKAN EGO MEMAKAN DIRI♥♥♥♥♥♥

Monday, October 25, 2010

I'm sO soRRy becoz i Lov3 u

  • maafkan saya
  • mungkin ini tak patut terjadi
  • maafkan saya awak......
  • saya tak patut untuk singgah di hati awak
  • semua ini tak patut kan wakk
  • saya tak layak untuk memiliki hati awak
  • salah saya kerana singgah di hati awak
  • maafkan saya kerana terlalu banyak susahkan hari-hari awak
  • saya tak sepatutnya hadir dalam hidup awak
  • setiap hari saya selalu sangat-sangat menyusahan awak
  • maafkan saya awak....
  • tak ada niat pun nak tetapkan kerinduan untuk awak
  • tak ada perasaan pun untuk mainkan hari-hari awak
  • maafkan saya kerana tak dapat kawal kehendak hati saya
  • awak..maafkan saya
  • saya pohon awak....saya nak awak maafkan saya
  • saya tak nak jadi penyibuk untuk hari-hari awak
  • maafkan saya sebab saya sebab letakkan awak dalam hati saya
  • maafkan saya awak
  • saya tahu itu silap saya
  • silap untuk saya yang selalu sangat dahagakan perhatian dari awak
  • silap saya sebab selalu tanya kan perihal tentang awak setiap hari
  • silap saya sebab terlalu ambil tahu apa yang berlaku pada hari-hari awak
  • silap saya kerana selalu berkongsi cerita dengan awak walhal awak amat meluat
  • silap saya kerana menjadi diri sendiri sehingga awak rimas
  • silap saya sebab sealu buat telinga awak bernanah setiap kali saya batuk
  • silap saya juga sebab terlalu kerap hubungi awak walhal awak terlalu benci untuk melayan
  • silap saya sebab buat awak terpakasa layan setiap karenah saya
  • silap saya kerana menjadi penyebab mata awak sakit setiap kali sms saya sampai dekat awak
  • silap saya kerana selalu mengingati awak
  • silap saya kerana jatuh hati dekat awak
  • silap saya kerana menyanyangi awak walaupun saya tahu awk terlalu bencikan saya
  • silap saya sebab ambil tahu setiap pergerakan awak...
  • awak...tolong maafkan saya
  • awa tak pernah buat silap kat saya
  • sikit pun tak ada awak
::::::::maafkan saya awak.....saya pohon..tolong maafkn saya...::::::
p/s::maafkan saya kerana saya sayangkan awak...

Monday, October 18, 2010

awak..mengerti lah..

  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu.
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
  • Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
  • Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ‘sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANG kan kamu!  
p/s::saya tak minta lebih pun..cukup awak paham jer...saya sayang awak...^_^

Sunday, October 17, 2010

GeRam SanGat!!!


  • sebelum ni aku hormat 
  • jangan sampai hormat aku hilang
  • aku tak penah buat pape yang kau tak suka
  • kau jangan cabar aku
  • suka-suki kau je sebar no tepon aku
  • kau jangn sampai aku buat benda yang tak penah terpikir
  • aku geram sangat2!!!
  • untuk 'KAU' tunggu la balasan dia
  • time kasih la jadikan no aku ni sebagai public ok.
  • kau dah ade teman wat care dah ade teman ok
  • jangan sampai hubungan darah manis kau 2 terbantut
  • aku tak sampai fikir nak balas dendam
  • aku masih HORMAT kau
  • kau jangan nak buat aku 'HANGEN' dah la
p/s::aku tak suka orang buat aku macam patung..aku ada perasaan lagi ok!!!insaf la weiii..GERAMNYEE!!!!
::tak lepas lagi nak marah aku ni..ya Allah::

Thursday, October 14, 2010

IanYa hAdiR kEmBaLi

L.O.V.E. | C.I.N.T.A









Awak..tak terucap dengan kata-kata..thanks so much..sejak dari terlahirnya ApaKaH..awak memang dah lain sepenuhnya..cuma saya yang masih banyak ragu-ragu..mulai tarikh 14 oktober 2010 dengan rasminya saya merasmikan apa yang patut saya rasmi..1st time tak gaduh time call hehe..ok sayang,starting from now..no more 'Goncos'..no more 'jaDi patung'...and semua la yang tak ok..i'll be my seLf n Hope awak akan terima dan sabar dengan semuanya [ permintaan 'dia']...thanks sangat-sangat ^_^




Wednesday, October 13, 2010

apakah??

  • kenapa awak suka buat saya macam ni
  • setiap malam kita gaduh
  • mengapa benda ni harus jadi
  • awak,saya ada hatisaya ada perasaa
  • awak sentiasa boleh luah apa yang awak rasa
  • saya bukan macam awak
  • walau saya tak banyak cakap
  • saya suka dengar awak cakap sebab itu semua buat saya senang
  • kita jauh kan,saya tak tahu adakah benar atau tak apa yang awak nyatakan
  • tetapi saya harus mengiakan
  • walau awak tak marah,tapi nada suara awak dah buat perut saya kecut
  • saya bukan tak suka meluahkan apa yang rasa
  • tapi setiap kali saya luah awak tak penah nak ambik perhatian
  • hanya untuk semalam awak terima tapi keesokan awak ulang lagi
  • awak..saya bukan patung
  • saya ada hati wak..bila awak cakap..sepunuh perhatian saya tumpu
  • tapi bila saya cakap awak ambil mudah saja
  • bila awak suruh saya cerita saya tak nak awak marah saya
  • kalau awak dekat tempat saya.awak akan lakukan atau tak apa yang saya buat
  • setiap kali saya terasa,setiap kali saya diam
  • awak tak dapat rasa kan apa yang saya lalui
  • awk..saya rindu awak
  • saya sayang awak
  • tapi..mampukah semua itu terbalas
  • awak...walau awak tak tahu wujudnya blog ni
  • tapi kat sini je saya mampu untuk luahkan segalanya
  • awak..penah awak sakit kan
  • bila awak cakap awak sakit tiba-tiba saya diam dan air mata saya tak berhenti keluar
  • awak tak kasi saya menangis
  • namun awak..itu lah gambaran hati saya
  • saya tak nak awak sakit
  • ye saya terus diam..tapi awak..hakikatnya sampai bengkak mata ni saya fikirkan keaadan awak
  • kita jauh..saya tak tahu apa yang awak buat kat sana
  • saya sentiasa fikirkan pasal awak
  • setiap hari saya tunggu call or msj dari awak
  • tapi apa yang saya dapat??
  • kalau siang memang sekejap sangat masanya
  • bila malam pulak awak kadang-kadang sibuk nak siapkan kerja awak
  • kadang-kadang awak futsal
  • bila call pulak tak pernah berakhir dengan elok
  • awak..saya dah letih awak
  • awak...kalau dari awal ni saya banyak menyusahkan awak
  • banyak menganggu awak
  • awak tolong la bagitahu
  • saya tak dapat jangka semua itu
  • walau naluri saya macam-macam pikirkan negatif pasal awak
  • saya cuba tuk jernihkan semuanya
  • awak..tolong lah pahami hati perempuan wak.
  • saya ada hati juga..tolong laa...
  • awak..andai kita tak sempat nak ketemu
  • saya harap aak dapat jumpa luahan hati saya ni
  • saya akan terus jadi diri saya
  • saya akan buat apa yang sepatutnya...
  • awak...saya sayang awak,saya selalu gagal nak luahkan ni semua untuk awak
  • berani mati saya luahkan kat cni wak..hehe
  • tak pe lah..awak jaga diri elok-elok yer..
  • awak teruskan lah dengan aktiviti yang awak suka ok??
  • asal awak bahagia
  • pasal saya awak tak payah ambik port sangat lah ok??
p/s::bukan saya tak nak jumpa awak..tapi nak sangat..awak elami la apa yang menyebabkan saya susah nak pergi jumpa awak..awak dah luah apa yang nak kan..saya hanya mampu membalas dengan air mata sahaja..saya sentiasa doakan untuk hubungan kita..saya selalu minta yang terbaik untuk kita..awakjangan sampai ego memakan diri..saya sayang awak =)

Tuesday, October 12, 2010

JanGan Kau Seksa Lagi

Berat mata yang memandang berat lagi apa yang di alami...Ya Alla aku seorang yang lemah ya Tuhan..aku tak mampu nak lalui semua ni sorang diri..ku tak mampu ya Allah..Ku mohon di kau kirimkanlah secebis semangat untukku lalui semuanya...kau pernah mengirimkan seseorang untuk menaikkan semangat aku..namun tempohnya amat sekejap..aku bersyukur ya Allah..tak ramai yang mampu bertahan denganku..itu semua membuatan aku takut untuk maluahkan apa yang aku rasa..aku tak mampu aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi..orang suka cakap itu ini kat aku.tapi ada ke yang sanggup menyelami perasaan hatiku ini???sehingga sekarang tiada seorang pun..aku tak kisah sebab yang aku tahu aku tak kan mudah untuk meraih simpati orang lagi..aku tak kan mudah untuk bercerita lagi..biarlah semuanya akan menjadi rahsia hatiku..walau ianya perit jerih..aku akan lalui semuanya..Aku dah maafkan segalanya..aku akan lalui segalanya dengan tabah..aku akan laluinya walau apa sekalipun yang berlaku..menangis air mata darah sekalipun.tak kan ada yang mampu mengerti..akan ku sabar dan terus bersabar..walau apa yang aku lalui..sesungguhnya ya Tuhan amat perit..apa lagi episod hidup aku lepas ini aku tak mampu nak ungkap...aku redha dan aku trus berserah...

Monday, October 11, 2010

sEtiAp KaLi itu Jua kau munCuL

Ya Allah..dah tak terluah dah rasanya..aku takut sangat nak menghadapi dia..memori ni sekejap sangat..tapi aku bersyukur paling kurang aku dapat juga kenal dia..ada juga nasihat yang dia bagi..ada juga pendapat..ada jua tempat aku nak bercerita.ye aku tahu dia hampir dimiliki jika jodohnya sudah tertulis..aku sentiasa mendoakan kebahagian dia..aku berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar..moga dia bahagia hendaknya sehingga ke syurga Jannah..tarikh kelahiran ku menjadi pilihannya walau masa tu aku tak kenal lagi dia..kesilapan aku membuatkan aku makin menjauh dan dia tak kan memaafkan aku lagi..kata-kata kemaafan tak mungkin lagi aku dapat dari dia..tak pe la..
kasih seorang abang T_T
paling kurang bila aku tengok dinding dia..aku tahu yang dia masih ada.aku hope dia sentiasa sihat hendaknya..paling payah untuk aku merasai dan melalui semuanya amat sangat susah namun sekeping hati ini selagi mampu akan terus bertahan..jasad ang ada akan menjadi pendining untuk ku terus bertahan..namun apa yang berlaku tiada ku pasti..kebahgiannya menjadi sumber kekuatan ku untuk terus mengerti kisah hidup ini..kesedihannya menjadi kelemahan aku..tiada dapat kuizinkan ianya berlaku..tqsm untuk dia..selagi mampu aku akan bertahan..sweet memories..=))


yang aku tahu

owhh..amat tak suka

tolong la.aku tak suka rasa ni..aduhh!!!aku tak nak rindu ni..jangann la..cukup la..aku tak suka sangat la...plezz la..jangan la..saya tak suka benda ni..tolong la..jangan la...aku tak nak la...Ya Allah tolong la..Kuatkanlah hati hambamu ini..ku tak inginkan lagi perkara ni..aku bersyukur dngan apa yang ada..tolong Ya Allah..aku bermohon padaMU..

mUncuL laGi RaSa iTu

ku tahu 
kau bukan lawan untuk ku
sampai ku harus cemburu
fikirkan dirimu
bukan mahu cuba dabik dada denganmu
siapa dia kasihku...
aku lebih tahu
luar dan dalam tiada rahsia
lafaz dan diam dah pun ku bacanya
langkah dan ragam
hanya mencipta bahagia
dalam cinta harus saling percaya 
dalam cinta harus berani pasrah 
dalam cinta harus jangan lah goyah 
dalam cinta harus sejiwa

kOLaM CinTa | r.I.n.D.u K.a.M.o

p/s:: rindu terus memakan diri..tak terluah dek kata-kata hanya memandang dari kejauhan yang tak mampu menjangkaunya...Ya Allah berikanlah aku kekuatan hati menerima semuanya..amin~

Sunday, October 10, 2010

malam hari 10.10.10

owhh tonite rasanya malam yang penuh dengan ketenangan..mungkin iya atau tidak kenyataan aku tu??adoii..mengapakah diri ku ini??why najwa??apa yang tak kena lagi???hurm..banyak lagi benda yang tak selesai..apa penghujungnya pun aku tak dapat nak pasti kan..lama lagi ke aku hidup??sempat ke aku bahagiaka keluarga aku??larat ke aku nak hadapi semua ni...banyaknye keluhan aku..Ya Allah berdosanya aku..arghh!!!aku nak bangkit balik...aku nak keluar dari dunia ilusi ni..aku nak kan semangat yang baru..aku perlu kuatkan diri aku..aku dah tak terdaya nak harungi lagi semua ni..aku nak kan sesuatu yang boleh aku capai dan aku tak nak lagi orang pandang serong kat aku,aku juga seorang hamba Allah yg lemah,yang punya hati dan perasaan..ya..selama ni aku hanya menelan apa saja orang cakap..ramai orang menilai di sebalik diriku ni penuh dengan kegembiraan.kesenangan..namun bagi aku??da penat nak jadi semua tu..jiwa aku benar-benar tersiksa..aku ingat lagi,dulu berkawan bagai nak rak..sekarang habuk pun tarak..siap cakap aku ni meraih simpati pulak..owhh noo!!!aku cuma ingin meluahkan apa yang aku rasa,aku tak suka ganggu orang,tak sebarang orang dapat aku luah kan apa yang aku rasa..aku memang betul-betul cemburu bila aku tengok ramai yang sedang berbahagia.bergelak tawa..namun aku??tiada dapat aku merasai nikmat itu..ramai sangat da cakap aku macam-macam..tapi ada ke yang wujud nak tanya kenapa aku jad macam ni??tak da un kan..ye la,mulut manusia tak akan aa yang dapat kawal..cuma yang mampu aku lakukan ialah hanya mengadu kepada yang Maha Mendengar saja..yang Maha Mengetahui apa yang aku hadapi..Dengan KeizinanNya aku masih lagi bernafas sehingga saat ini..Ya Allah sesungguhnya aku lah insan yang amat lemah,hanya padaMu tempat aku mengadu..aku rindu akan kasih sayangMu..aku inginkan KeredhaanMu..agar aku dapat measai nikmat yang telah Kau zahirkan untuk ku..amin Ya Rabbal Alamin..~

aWak

L.O.V.E. | sayang ^_^        

Tiba-tiba perasaan ni sayu jer..saya teringat kisah-kisah dulu..saya miss sangat semuanya..wujudnya kasih sayang dari insan yang tak pernah di kenali,sehingga ke saat ini..rasa itu tak boleh nak hilang,kenangan setiasa bemain-main di fikiran..

"Ya Allah,halusnya perasaan yang telah kau kirimkan ini..tak mampu tuk diriku menanggung siksa akibatnya..namun Kau hadirkan ketabahan sebagai sahabat untuk ku harungi semuanya..Kau menguji ku dengan segenap rasa kasih dan sayang..rasa yang amat-amat diriku memerlukannya..semakin kuat dugaan Mu semakin ingin ku singkirkan semua apa yang dah 'mereka' lakukan kepadaku..aku memaafkan segalanya..tiada apa yang mampu ku lahirkan..hanya sepotong kata kemaafan di atas semua insan yang pernah hinggap di hatik ku sehingga melahirkan segunung rasa rindu dan sayang..Aku redha dengan segalanya Ya Allah..Ujian ini akan ku galas hingga ke akhirnya.."


Khas Untuk 'Awak'...

awak..kenapa semakin hari semakin kuat rasa sayang dan rindu ini..semakin hari semakin kuat sakit menahan apa yang di telah terwujud..awak saya menginginkannya,saya memerlukannya..saya gembira awak gembira,saya terluka andai awak berduka..saya buntu awak.setiap saat saya sentiasa melihat awak..tiada apa yang ammpu sya lakukan..hanya mendoakan kebahagiaan awak..saya merelakan semuanya..saya doakan segalanya akan berjalan dengan lancar..terlalu saya mengingati awak,setiap kali tidur saya hanya bertemankan awak..awak,andai Allah dah menyediakan segalanya pada jalan kehidupan kita,saya harus redha walau apa rasa yang bakal di hadapi kelak..di kala awak mengalami kesulitan..hanya titisan rahmat dariNya yang mampu saya alirkan tanda meraikan rasa kesakitan yang saya alami di atas kesulitan awak..andai saya mampu..saya dahulukannya agar awak bergembira..awak,setiap kali solat tak lekang doa saya agar awak sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik dan sentiasa saya memohon agar hubungan kita tidak akan putus..namun Allah lagi sayang saya,Dia sentiasa menguji saya..saya redha dengan semuanya..saya hanya akan menyediakan diri saya dengan segala apa yang bakal berlaku...=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::jiwa aku::

++NABKA++

Daisypath Happy Birthday tickers

Pinjaman Allah untuk ku

Daisypath Anniversary tickers