- salah ke kalau kita ikuti apa orang yang kita sayang nak..
- salah ke kalau dia tahu yang kita seupaya mengikut apa kemahuan dia
- salah ke kalau siang malam kita teringatkan dia walau kita sikit pun tak dapat khabar berita dari dia
- salah ke kalau kita selalu tanya apa yang dia buat,makan atau tidak,solat ke belum,sihat atau tak..
- salah kita juga ke kalau di setiap masa tidurnya kita selalu mengingati dia
- salah juga ke andai setiap masa menunggu balasan sms jika kita bertanya khabar darinya
- salah lagi ke bila kita diam jika kita tak mampu dan tahu apa jawapan yang harus di beri bila dia bertanyakan sesuatu.
- salah aku juga kerana terlalu mudah mengalirkan air mata pabila suaranya mula meninggi.
- salah aku kerana menyembunyikan kehadiran air mata bila memulakan bualan dengannya.
- salah juga ke di kategorikan bila kita menunggu khabar berita sepanjang hari apabila dia mengakui dia tak suka ber'sms dan kita menghormati apa yang dia tak suka dengan tertunggu khabar berita darinya tanpa sebarang cara kerana nak call takut mengganggu,nak sms sah2 dia tak suka.
- salah ke apa yang aku buat semua tu????
- salah aku kerana tak bagi peluang dan selalu 'down' kan dia bila dia sedar atas silap dia
- salah aku bila aku beri dia peluang dan peluang itu membuat aku sakit!!!
- salah aku kerana terlalu mengambil berat pasal dia
- salah aku kerana sering memikirkan dan sering ingin tahu bagaimana keadaannya
- salah aku kerana di setiap jaga dan tidur ku selalu ingatkan dia
- salah aku kerana terlalu ikut perasaan sehinga di label kan..wanita 'emo'
- salah aku kerana mendambakan secebis perhatian darinya walhal dia tak pernah sekali sanggup untuk menyetujuinya
- salah aku kerana aku terlalu sayangkan dia
- salah aku kerana mengizinkan rasa CINTA ini mengalir dalam diri walhal dia tak pernah menyintaiku
- salah aku kerana memulakan semuanya..............
Marhaban ya Ramadhan
6 years ago
Jawapan untuk pertanyaan diatas,"Yea,memang salah'.Dari atas sampai bawah,semua salah.
ReplyDeletetq kak..hanya ALLAH yg akan tahu dan memberi jwapan yg btul kpd kita kan..tq kak =)
ReplyDelete